Kira-kira 10 ribu penduduk sekitar Sungai Siput, termasuk penduduk lebih 10 buah taman perumahan, akan mendapat nikmat daripada projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di kawasan berkenaan.<br /><br />Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak fasa 1, yang bernilai RM21 juta itu telah bermula pada 20 Ogos 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 Februari 2024.